Program Score A merupakan satu program pendidikan online berasaskan kaedah output (latih tubi) yang komprehensif, terbukti berkesan, murah & mudah.
Laman web ini akan memaparkan kelebihan yang ditawarkan oleh Program Score A, iaitu portal pembelajaran berasaskan kaedah output yang telah dibangunkan secara komprehensif. Di sini akan diterangkan tentang kelebihan portal ini dari segi modul pembangunan akademik yang telah disediakan, selain dari maklumat penyertaan dan penggunaan.
Selain itu juga, maklumat tentang pelan pemasaran yang telah diisytiharkan sebagai PATUH SYARIAH akan turut diterangkan. Pelan pemasaran ini menawarkan pelbagai kumpulan pulangan pendapat, yang bersesuaian dengan modal yang telah dikeluarkan.
Selain itu juga, maklumat tentang pelan pemasaran yang telah diisytiharkan sebagai PATUH SYARIAH akan turut diterangkan. Pelan pemasaran ini menawarkan pelbagai kumpulan pulangan pendapat, yang bersesuaian dengan modal yang telah dikeluarkan.
Pengenalan am.
Seperti sedia maklum, syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan PENGUASAAN mata pelajaran. Dengan peningkatan standard sibilus pengajian yang semakin mencabar, kaedah pembelajaran yang lebih berkesan diperlukan bagi membolehkan para pelajar menguasai semua silibus serta subjek.
Sejak dari dahulu, kita telah didedahkan dengan kaedah pembelajaran menggunakan hafalan, pendengaran serta pemerhatian. Kaedah ini dikenali sebagai KAEDAH PEMBELAJARAN INPUT. Kaedah ini menekankan proses penggunaan ruang ingatan, dimana para pelajar diperlukan untuk mengingati segala yang telah dipelajari. Walaupun berkesan, kaedah ini tetap mempunyai kekurangan di mana terdapat pelajar yang gagal atau sukar mengingati perkara yang telah diajarkan. Kesannya, ada sebilangan pelajar yang hanya mampu mencapai keputusan setakat cukup makan, tidak kurang juga yang tidak cukup makan, dan ini amat membimbangkan.
Bagi mengatasi kelemahan ini, para pelajar amat disarankan untuk mempraktikkan satu lagi kaedah pembelajaran yang dikenali dengan KAEDAH PEMBELAJARAN OUTPUT. Kaedah ini mengetengahkan kaedah pembelajaran berasaskan latihan, di mana pelajar diperlukan untuk menyelesaikan set soalan latih tubi yang telah disediakan secara terperinci. Melalui kaedah ini, pelajar akan mengeluarkan segala maklumat yang telah dipelajari. Ini secara tidak langsung, membolehkan proses hafalan ilmu dilakukan, selain dari memantapkan pemahaman terhadap sesuatu perkara dan juga memantapkan lagi keyakinan terhadap sesuatu fakta.
Untuk demo bagi Program Score A, sila klik pada link dibawah dan dan masukkan demo ID shazwi_86.
![]() |
Add caption |
Masalah pelajar dengan sistem pendidikan semasa.
- Merasa beban dan bosan untuk belajar cara konvensional yang hanya menggunakan buku sebagai medium menuntut ilmu.
- Tiada minat untuk membaca buku dan membuat buku latihan.
- Selalu menghabiskan masa di depan komputer dengan chatting, bermain game dan melawat laman-laman web yang tidak berfaedah.
- Tidak mendapat perhatian ibu bapa yang sibuk bekerja.
- Kurang latihan, pendedahan serta persediaan mengakibatkan hilang minat untuk belajar.
Masalah ibubapa dengan sistem pendidikan semasa.
- Tidak dapat menilai pencapaian akademik anak.
- Tidak dapat memberi perhatian kepada kerja rumah dan ulangkaji anak.
- Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan.
- Anak hanya membawa balik kad laporan 2 kali setahun.
- Kurang pasti akan persediaan peperiksaan anak.
- Membelanjakan wang yang banyak tetapi anak masih gagal memperolehi keputusan diharapkan.
- Kekurangan penglibatan ibubapa dalam memantau pencapaian akademik anak.
Jangan pandang rendah pada keupayaan soalan-soalan latih tubi objektif dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Walaupun soalan-soalan ini mudah dijawab, tapi pada hakikatnya soalan seperti ini adalah lebih sukar kerana ia lebih memerlukan kefahaman, ketelitian, kepastian, serta ketepatan menjawabnya.
Secara khususnya, program ini mampu:
- meningkatkan kuasa ingatan pelajar terhadap fakta sedia ada.
- meningkatkan keyakinan pelajar terhadapat fakta yang telah dipelajar.
- menjadikan pelajar lebih bersedia untuk menduduki peperiksaan sebenar.
- memberikan latih tubi yang mencukupi berdasarkan silibus pelajaran.
- meningkatkan penglibatan ibubapa terhadap urusan pencapaian akademik pelajar.
Perbandingan program Score A dengan kaedah pembelajaran lain.


Oleh itu, janganlah berlengah lagi. Sertailah program ini sekarang. Apa yang penting, duit yang anda laburkan untuk anak pasti membuahkan hasil. Anak anda berpeluang cerah untuk mendapat kejayaan cemerlang dalam pendidikan.
SUKATAN PELAJARAN.
Sukatan mata pelajaran yang disediakan oleh program Score A adalah berpandukan pada silibus yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan sentiasa di kemaskini dari masa ke masa.
Sekolah Rendah (Tahun 1-6): - Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik (Bahasa Inggeris & Bahasa Cina)
- Sains (Bahasa Inggeris & Bahasa Cina)
- Bahasa Cina
Sekolah Menengah (Tingkatan 1 - 3):
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Cina
- Geografi
- Sejarah
- Matematik (Bahasa Inggeris)
- Sains (Bahasa Inggeris)
Sekolah Menengah (Tingkatan 4 & 5):
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sejarah
- Sains
- Perdagangan
- Prinsip Akaun
- Ekonomi Asas
- Fizik
- Kimia
- Biologi
- Matematik Tambahan
KEISTIMEWAAN SCORE A.
Mesra Pengguna.
Kombinasi gambar dan warna yang menarik serta arahan penggunaan yang jelas menjadikan portal ini mudah untuk digunakan oleh pelbagai lapisan pengguna.
eTopic™.

Latihan pembelajaran output yang berlandaskan pada topik pembelajaran. Ia ini amat berguna bagi memastikan pelajar/pengguna betul-betul memahami perkara atau topik yang telah dipelajari. Markah lulus adalah 80% iaitu A dan penandaan dan keputusan keseluruhan adalah serta-merta. Selain itu, rekod keputusan juga akan dihantar ke eReport Card™ dan sms ke telefon bimbit ibubapa.
eAssessment™.

Latihan pembelajaran output secara serta merta yang tidak terhad menguatkan kemahiran pelajar dalam menghadapi peperiksaan. Seperti kaedah permainan video, terdapat sistem kedudukan atau ranking yang menggalakkan persaingan sihat. Pelajar perlu lulus tahap pertama untuk ke tahap seterusnya serta penandaan dan keputusan adalah serta merta. Selain itu, rekod keputusan juga akan dihantar ke eReport Card™ dan sms ke telefon bimbit ibubapa.
eTrial Exam™.

Dicipta seolah-olah peperiksaan sebenar untuk membantu pelajar bersedia dan meningkatkan keyakinan sebelum peperiksaan sebenar.
ePast Year Exam™.

Soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas disediakan khas untuk membantu pelajar mengenal corak dan bentuk soalan sebenar supaya pelajar mencapai kecemerlangan ‘A’.
eProgress™.

Carta pemantauan yang membolehkan ibubapa mengikuti perkembangan anak-anak melalui eTopic. Ini adalah satu kaedah pemantauan yang efektif. Ia direkabentuk untuk memastikan bahawa ibubapa sentiasa dikemaskini tentang kesemua latihan eTopic anak-anak mereka. Ibubapa juga akan dimaklumkan tentang bilangan percubaan yang telah dilakukan oleh anak untuk setiap topik. Ini membolehkan prestasi pembelajaran pelajar ditentukan berdasarkan topik dan bukan sekadar berdasarkan matapelajaran.
eNotes™.

Terdiri dari nota yang ringkas dan padat. Ini dapat membantu pelajar untuk mengulangkaji dan membuat rujukan. Berkonsepkan peta minda.
eDictionary™.


Khas untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, sebagai penterjemah kepada istilah yang sukar difahami.
eReport Card™ (Online dan sms).

Sebagai perantara bagi memudahkan ibubapa memeriksa prestasi akademik para pelajar serta membantu memantau kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran. Ini membolehkan ibubapa mengambil tindakan segera bagi membantu memperbaiki pencapaian pendidikan para pelajar.Tidak lagi sekadar mengharapkan kad laporan daripada sekolah yang hanya diedarkan dua kali setahun sahaja.
i-Teacher.

Modul pembelajaran secara input di mana pelajar avatar yang bijak akan memberikan maklum balas terhadap teks soalan yang diberikan oleh pelajar. Antara ciri-ciri unik i-Teacher adalah:
- Isi kandungan yang komprehensif.
- Dibangunkan mengikut Prinsip Rekabentuk Pengajaran termasuk gambar dan grafik.
- Alih bahasa daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia untuk terminologi-terminologi tertentu
- Pautan ke sumber luaran (laman web lain dan animasi) daripada isi kandungan.
- Bilangan contoh soalan dan penyelesaian yang banyak.
- Avatar Pintar ialah agen pedagogi (tutor, jurulatih atau guru) yang terdiri daripada avatar maya menyerupai manusia. Ia memberikan maklumbalas berinteraktif terhadap soalan yang dikemukakan kepadanya melalui suara dan teks. Ia mempunyai darjah keserupaan manusia yang tinggi dan memberikan maklum balas pintar terhadap semua soalan (soalan sosial dan yang berkaitan dengan isi kandungan) yang dikemukakan kepada avatar.
- Animasi (dibangunkan sendiri).
- Tutorial 'powerpoint' atas permintaan.
- Penilaian berinteraktif.
- Alat Pembelajaran lain (rajah berinteraktif, pembuka minda, e-book, mainan pendidikan dan lain-lain.)
Semua ini, akan dapat anak anda gunakan sekiranya anda menyertai program Score A. Bayangkan manfaatnya pada anak anda dalam meningkatkan prestasi pembelajaran mereka serta manfaat pada anda dalam memantau prestasi pembelajaran anak anda.
PERISTIWA & PENGIKTIRAFAN.
- 03-08-2010 - Majlis Pra-Pelancaran Score A - iTeacher oleh Y.A.B. Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka, di Ayer Keroh, Melaka.
- 23-07-2010 - Pre-Launch of Score A I-Teacher by Y.B. Datuk Masidi Manjun, Minister of Tourism, Culture & Environment Sabah & Education Bureau Sabah, at Kota Kinabalu, Sabah.
- 13-02-2006 - Program Anugerah Pelajar Cemerlang Parlimen Parit Sulong, oleh Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Dato' Jamaluddin bin Dato' Mohd Jarjis.
- 30-01-2004 - Sarawak Scholars' Night, by Menteri Pertanian Dan Industri Makanan, Sarawak, Y.B. Dato' Sri Haji Adenan Bin Satem.
- Laporan Eksklusif di media elektronik - MHI / Buletin TV3/ Berita Astro/ Radio Wanita FM.
- Laporan Eksklusif di media cetak - Utusan Malaysia / The Star/ Tamil News/ East Malaysia News / Berita Harian / China Press / Guang Hua News / Malaysia Today / Nanyang Press / Sarawak Tribune / Sibu Borneo Post / Sibu News / Sin Chew Daily / Tawau News.
Apakah Score A Programme™? - Score A Programme™ ataupun Program Score A adalah satu program pendidikan online yang menggunakan kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana telah terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.
Adakah program ini membebankan? - Tidak. Ini kerana program ini tidak menggunakan kaedah pembelajaran input. Ia menggunakan kaedah pembelajaran output yang memberikan para pelajar satu kaedah pembelajaran yang 'segar', 'baru' dan 'tidak memenatkan'
Adakah anak anda masih memerlukan program Score A walaupun mereka menghadiri kelas tambahan? - Ya. Ini kerana kelas tambahan atau tuisyen kebanyakkannya menggunakan kaedah pendidikan input sama seperti di sekolah. Malah, program ini akan menjadi pelengkap kepada kelas tambahan yang telah dihadiri oleh para pelajar dengan menduga/menguji tahap kefahaman mereka terhadap subjek yang telah dipelajari.
Mengapa Program Score A hanya fokus kepada soalan-soalan berbentuk objektif? - Kerana Program Score A menggunakan teknik pembelajaran output dan menguji tahap kefahaman para pelajar melalui soalan-soalan pelbagai pilihan jawapan. Penguasaan pemahaman bagi soalan pelbagai pilihan jawapan ini akan membolehkan para pelajar memahami dan menguasai soalan-soalan berbentuk subjektif dengan lebih mudah. Seperti yang diketahui umum, soalan berbentuk objektif lebih sukar untuk diskor serta dikuasai berbanding dengan soalan-soalan berbentuk subjektif.
Kenapa Program Score A pilihan terbaik?
Adakah Program Score A ini murah untuk dimiliki? - Ya. Program ini adalah murah untuk dimiliki dan kos efektif kerana:
Bagaimana untuk menyertai program ini? -Terdapat 2 pakej utama untuk menyertai program ini iaitu
Apakah kaedah Pembelajaran Output (Output Learning Method)? - Kaedah pembelajaran output merupakan kaedah pembelajaran yang memerlukan para pelajar untuk mengeluarkan maklumat dari dalam kotak ingatan dan mengaplikasikan segala pengetahuan atau ilmu yang telah dipelajari. Antara contoh kaedah pembelajaran output adalah latih tubi.
Apakah kaedah Pembelajaran Input (Input Learning Method)? - Kaedah pembelajaran input merupakan kaedah pembelajaran yang memerlukan para pelajar untuk melakukan proses memasukkan maklumat ke dalam kotak ingatan. Antara contoh kaedah pembelajaran input adalah membaca, mendengar dan menghafal.
Mengapa pelajar memerlukan Program Score A?
- Direka khas secara terperinci bagi menyediakan pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna.
- Pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan.
- Pelajar boleh melakukan latihan berulang-ulang kali tanpa had sekaligus membina kemahiran menduduki peperiksaan, membina keyakinan diri serta menggalakkan pelajar mempunyai keinginan untuk skor.
- Ibubapa boleh memantau perkembangan prestasi akademik anak-anak dengan lebih berkesan.
Adakah program ini membebankan? - Tidak. Ini kerana program ini tidak menggunakan kaedah pembelajaran input. Ia menggunakan kaedah pembelajaran output yang memberikan para pelajar satu kaedah pembelajaran yang 'segar', 'baru' dan 'tidak memenatkan'
Adakah anak anda masih memerlukan program Score A walaupun mereka menghadiri kelas tambahan? - Ya. Ini kerana kelas tambahan atau tuisyen kebanyakkannya menggunakan kaedah pendidikan input sama seperti di sekolah. Malah, program ini akan menjadi pelengkap kepada kelas tambahan yang telah dihadiri oleh para pelajar dengan menduga/menguji tahap kefahaman mereka terhadap subjek yang telah dipelajari.
Mengapa Program Score A hanya fokus kepada soalan-soalan berbentuk objektif? - Kerana Program Score A menggunakan teknik pembelajaran output dan menguji tahap kefahaman para pelajar melalui soalan-soalan pelbagai pilihan jawapan. Penguasaan pemahaman bagi soalan pelbagai pilihan jawapan ini akan membolehkan para pelajar memahami dan menguasai soalan-soalan berbentuk subjektif dengan lebih mudah. Seperti yang diketahui umum, soalan berbentuk objektif lebih sukar untuk diskor serta dikuasai berbanding dengan soalan-soalan berbentuk subjektif.
Kenapa Program Score A pilihan terbaik?
- Kertas soalan adalah meliputi silibus sukatan matapelajaran Malaysia.
- Mendapat pengiktirafan dari pelbagai pihak termasuk PIBGN serta Menteri Pendididikan.
- Soalan-soalan di bentuk oleh guru-guru di sekolah-sekolah bestari.
- Pembelajaran menggunakan sistem teknologi lebih menjimatkan masa dan interaktif.
- Ibubapa dapat memantau tahap pembelajaran anak-anak secara berterusan dari masa ke masa.
- Juga terbukti pelajar yang lemah telah memperolehi kejayaan cemerlang selepas menyertai Score A Programme!
- Sokongan dalam kaedah pembelajaran melalui kemudahan nota ringkas serta kamus istilah.
Adakah Program Score A ini murah untuk dimiliki? - Ya. Program ini adalah murah untuk dimiliki dan kos efektif kerana:
- penggunaan portal berasaskan kepada keluarga dan bukan pengguna. 1 harga yang sama bagi semua keluarga walaupun berbilang pengguna.
- capaian tanpa had kepada kemudahan eAssessment dan eTrial Exam tanpa caj tambahan. Selari dengan konsep "Practice Make Perfect".
- kemampuan untuk mengendalikan pelbagai tahap pembelajaran bagi setiap keluarga. Membenarkan para pelajar mendapat set soalan serta mengikuti silibus pendidikan yang sepadan dengan kokurikulum pendidikan mereka di sekolah.
- pakej PENGGUNA.
- Pakej ini hanya untuk mereka yang mahu menggunakan portal ini sahaja dan tidak mahu untuk meniaga.
- pakej USAHAWAN.
- Bagi mereka yang berminat untuk menambah pendapatan di samping untuk kegunaan anak-anak.